WANITA AKA GADIS ADA KEPUTIHAN... NORMAL KAH?

July 10, 2017

Wanita aka Gadis ada keputihan... Normal kah? 😨 

Jom tengok info di komen ⤵



👩👩MAHKOTA WANITA👩👩


Ramai je kan perempuan/ wanita/ gadis yang ada masalah keputihan ni.

Normal ke eh?

Rasanya semua wanita pernah mengalami masalah keputihan ini. Cumanya banyak atau sikit, busuk atau tiada bau, putih kuning atau kehijauan. Lama atau sekejap. Selalu atau sekali dua.

Keputihan ini adalah berfungsi untuk membersihkan dan melindungi miss v dari jangkitan kuman atau iritasi( luka dan sebagainya). 

Keputihan ini akan membawa keluar sekali sel sel mati bersama bakteria atau virus atau fungus sehingga miss v kita kekal bersih.

Yang membezakan setiap keputihan adalah dari segi 

💦jumlah
💦warna
💦kelikatan
💦bau 
💦jangka masa keputihan tu.

⛔Penyebab kepada keputihan adalah :

- Mengandung
- Penggunaan antibiotik atau steroids atau jamu
- Penggunaan ubat perancang
- Datang bulan
- Jangkitan kuman
- Kurang penjagaan kebersihan miss v
- Kencing manis yang tidak terkawal
- Kanser rahim/vagina
- Sexually transmitted diseases (penyakit kelamin)
- Penggunaan vaginal wash/perfume
- Masalah dalam rahim 

Keputihan yang normal adalah 

-bewarna kuning muda atau seakan putih
-tidak berbau
-tidak likat/pekat
-tidak gatal 
-tidak melebihi tiga hari.

Jadi, jika anda mengalami keputihan yang berlainan dari yang normal, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Berhati hati jika keputihan itu disertai dengan luka atau ruam ruam dia kawasan genital kerana takut ianya adalah herpes(penyakit kelamin).

Anda sendiri juga perlu menjaga miss v anda agar kekal bersih❗❗


1. Bersihkan miss v setiap kali selepas buang air kecil atau besar.
2. Mengelakkan memakai spentot/underwear yang ketat. 
3. Mengelakkan memakai seluar yang ketat dalam jangka masa yang lama.
4. Tidak perlu menggunakan miss v wash kerana pH akan berubah.
5. Seeloknya basuh dengan air suam.
6. Menggunakan pakaian dalam dari jenis cotton dan lembut.
7. Jika anda pesakit kencing manis, kawal gula anda. Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan      
    keputihan.
8. Bersihkan miss v setiap kali selepas bersama dengan suami.
9. Janganlah bertukar tukar pasangan.
10. Rajin rajinkan lah menukar tuala wanita atau panty liners anda. Janganlah pakai yang sama dari 
      pagi sampai tengah malam.
11. Jangan menggaru garu miss v anda
12. Jangan menyembur apa apa pewangi ke miss v anda.
13. Jangan ambil steroids atau ubat berasaskan steroids melainkan jika perlu ( atas arahan doktor)

Ingat, kebersihan itu penting.


Miss v tak akan bertukar menjadi miss w ( world) pun walaupun dia tiada keputihan. Jaga dan pelihara elok elok. Mahkota kita tu👑

Ada sebabnya kenapa islam menggalakkan kita pakai yang longgar longgar dan pentingkan kebersihan

 “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim)

Keputihan dan Sah Solat

💞sebaik sahaja azan, wanita yang ada keputihan, wajib bersihkan farajnya dahulu, kemudian berwudhuk dan tunaikan solat

💋miss v kita adalah mahkota kita sebagai wanita. 
💋Jangan biarkan mahkota kita dihurung kuman!






You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Popular Posts

Followers

Blog Archive