SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!

June 16, 2017


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!


Assalamualaikum sis-sis semua..

Disini sis nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh barakh dan istimewa. Di bulan yang mulia ini banyak keistimewaan bagi umat islam. Sesungguhnya Allah S.W.T mengkhususkan bulan ramadhan di antara bulan-bulan lainnya dengan keutamaan yang agung dan istimewaan yang banyak.

Mari kita bersyukur banyak-banyak disebabkan di lahirkan dalam agama islam. Banyak yang kita boleh rebut dan ambil pahala di atas bumi ini sebelum kita kembali ke tempat asal kita iaitu akhirat.

 APA KELEBIHAN RAMADHAN? 
 💫 Pertama: Pintu langit dibuka - pada bulan ramadhan di buka pintu-pintu langit oleh itu mari kita sama-sama berdoa banyak-banyak, berdoalah untuk keluarga saudara-mara dan rakan-rakan kita

💫 Kedua:Pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka di tutup - di bulan yang mulia ini marilah kita merebut peluang membuat amalan yang baik, seperti bersedekah dan marilah kita tinggalkan amalan yang tidak baik seperti melakukan perkara yang tidak baik.

💫 Ketiga: Doa dimakbulkan oleh Allah - jadi marilah kita berdoa banyak-banyak di bulan ramadhan ini kerana doa bagi orang-orang yang berpuasa dimakbulkan oleh Allah S.W.T

💫 Keempat: orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak - kita akan mersa kegembiraan dan nikmat yang tidak terhingga apabila kita dapat berkumpul bersama keluarga dan berbuka puasa bersama-sama

💫 Kelima: Syaitan-syaitan akan dibelenggu - syaitan tidak mampu untuk menggoda dan menyesatkan manusia di bulan yang penuh mulia ini

💫 Keenam: Setiap kali sujud bagi orang yang berpuasa akan mendapat ganjarannya - dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi dan petang


Berikut adalah kelebihan-kelebihan di bulan ramadhan ini. Jadi marilah kita merebut peluang di bulan ramadhan ini. Sekian dari sis..😍😍

Amalan-amalan yang dianjurkan selama bulan puasa Ramadhan sesuai sunnah Rasullulah SAW:


🌷 Menyegerakan Berbuka Puasa
🌷Melaksanakan Makan Sahur
🌷Membaca Al-Qur’an  (Tilawah)
🌷Memberikan Makanan Berbuka Puasa (Ith’amu ath-tha’am)
🌷Berdakwah
🌷Solat Terawih (Qiyamul Ramadhan)
🌷I’tikaf
🌷Lailatul Qadar
🌷Umrah
🌷Bertaubat
🌷Zakat Fitrah

😋" SALAM RAMADHAN, JANGAN LUPA SEMBUR MINYAK WANGI MIRELLA"

#Ramadhan
#Mirella
#AndiKalsVault

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE NEWSLETTER

Get an email of every new post! We'll never share your address.

Popular Posts

Followers

Blog Archive